Search News Posts

  • General Inquiries 03-89129617

  • HandPhone 012-239 4911

Home

Kenali NLP untuk Berjaya.

Kenali NLP untuk Berjaya.

Kenali NLP untuk Berjaya.

Kenali NLP untuk Berjaya.

NLP: MENGAPA Belajar NLP?

Kita kata format pertama ialah “Why”. Contoh bagi bengkel ini ialah “MENGAPA belajar NLP?”
Setiap orang secara fitrahnya MAHU berjaya. Kejayaan boleh diertikan sebagai “bahagia”, “sabar”, “khusyuk”, “lulus”, “ponteng sifar”, “straight As”, “sembuh”, “menang”, “kaya”, “sorakan”, “ijazah” dan sebagainya.

Contoh pertama: Bagaimana mahu “sabar”? Jika rakan kita mengalami musibah, kita nasihati dia, “Tuan bersabarlah”. Jika beliau bertanya, “Bagaimana mahu sabar?” Apakah jawapan kita? Tahukah kita bagaimana hendak membantu beliau menjadi sabar langkah demi langkah?

Contoh kedua: Bagaimana mahu capai “ponteng sifar”? Apakah strategi yang perlu kita buat untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah? Apakah “keadaan diri”, “fisiologi” dan “gambar/video” dalam minda kita yang perlu ada supaya pelajar tidak ponteng? Bagaimana hendak memindahkan “peta” dalam minda kita kepada minda pelajar? Contohnya guru berkata, “Saya akan DENDA sesiapa yang tidak buat kerja rumah” dengan maksud mencuci papan hitam setelah diberi amaran beberapa kali tetapi sebahagian pelajar faham guru akan MEROTAN dan mula ponteng sekolah setiap kali gagal membuat kerja rumah.

Contoh ketiga: Bagaimana mahu pengaruhi pelanggan? Beberapa kaedah menjual sudah dicuba, setengah menjadi setengah lagi tidak kerana manusia ini mempunyai pelbagai ragam. Bagaimana mahu menangani kepelbagaian ragam ini? Bagaimana mahu mendekati pelanggan baru supaya mereka kenal kita seolah-olah bertahun lamanya?

Jawapan kepada soalan di atas ada dalam program Basic NLP program yang kami anjurkan. hubungi kami 017-666 5596 segera selagi masih ada peluang untuk anda.

Untuk berjaya, kita mesti (1) MAHU mendapatkan sesuatu, (2) TAHU bagaimana hendak mendapatkannya, dan (3) mempunyai MOTIVASI untuk berjaya. Contohnya, saya mahu mengamalkan NLP. Saya tahu caranya iaitu belajar NLP melalui bengkel maya. Saya mempunyai motivasi untuk belajar NLP sehingga berjaya. Saya pasti berjaya.

Tiga perkara tersebut (MTM = Mahu, Tahu, Motivasi) melibatkan minda. NLP adalah alat untuk menguasai minda supaya bertindak ke arah kejayaan. Contohnya mahu “sembuh” dari fobia ular. Pengamal NLP akan menggunakan teknik “fast phobia”, satu corak dalam NLP. Selepas 15 minit rawatan, pesakit akan hilang perasaan takut dan “sembuh” fobia ular sepenuhnya. Rawatan biasa ialah menggunakan “exposure treatment” iaitu melakukan “conditioning” (membiasakan) dan “flooding” (pendedahan). Untuk membiasakan pesakit dengan ular kemudian mendedahkannya kepada ular memakan masa yang lama, mungkin beberapa bulan untuk berjaya. Cara cepat ialah menggubah minda pesakit menerusi NLP.
Kita menggunakan minda setiap saat, mahu tidak mahu kita mesti belajar NLP untuk menguasai minda dengan sebaik mungkin untuk berjaya.

 http://qtfconsulting.com.my/basic-nlp-practitioner/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *