Jun
28
HALAMAN UTAMA…
[ad_1]
HALAMAN UTAMA
KURSUS & TRAINING
UNGKU AZLAN SHAH UNGKU CHULAN
Dari : Ungku Azlan Shah Ungku Chulan , Certified Trainer – NLP Training / Coach NLP ( NFNLP, USA ), Master Trainer.
Ke hadapan bakal pengamal pentauliahan antarabangsa NLP,
Satu penghormatan kepada saya untuk berkongsi NLP training, sains kejayaan diri ini kepada anda. Ia mengandungi teknologi dan kajian ilmu secara intensif, latihan, pembacaan, pengalaman yang tidak ternilai, melalui ratusan ribu pelaburan dan integrasi ilmu yang dibuat melalui guru-guru terbaik di dalam negara juga seluruh dunia. ( Dr. Richard Bandler, John Grinder, Dr. William Horton, Dr. Michael Hall, Collin Cox, Lena Gray serta lain-lain )
NLP bukan sekadar berkenaan kompetensi dan kejayaan. NLP juga berkenaan dengan hikmah dan misi hidup masa hadapan.
Justeru itu, kursus Pentauliahan Antarabangsa NLP ( NLP training / NLP Certification course ) telah disusun untuk membimbing, bagaimana untuk membawa diri ke tahap yang lebih tinggi serta memprogramkan minda secara pantas untuk menggunakan informasi yang dapat membantu kerjaya serta kehidupan.
Anda bakal merasai perbezaan, gembira dan teruja dengan kesan yang didapati melalui teknologi yang meningkatkan pengaruh peribadi melalui pengalaman NLP training. InsyaAllah, saya percaya, anda boleh menulis cerita kejayaan dan berkongsi dengan kami selepas mengikuti kursus pentauliahan tersebut sepertimana insan-insan yang telah berjaya sebelum ini.
Saat ini, anda sedang memberi arahan kejayaan kepada diri dengan teknik NLP training yang berimpak tinggi. Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda. Cepat! Kita belajar dan kuasai sains kejayaan manusia ini.
Yang menghormati anda sepenuh hati,
Ungku Azlan Shah Ungku Chulan NLP Training NLP Trainer
APA ITU NLP?
Anda masih mencari-cari apa itu NLP training di Malaysia?
NLP adalah singkatan kepada Neuro Linguistic Programming.
NLP training di Malaysia, semakin berkembang dan diterima baik oleh pelbagai golongan masyarakat. Izinkan saya memetik dapatan terkini dari Jaap Hollander seorang ahli psikologis yang tinggal di Netherlands. Kata beliau” Our NLP research study has finally been published in a scientific journal! It is called: “The Effectiveness of NLP: Interrupted Time Series Analysis of Single Subject – Data for One Session on NLP Coaching.” It is published in the Journal of Experiential Psychotherapy (Vol. 19, no. 4 (76), December, 2016).This is a double blind peer reviewed scientific journal (B+ in CNCSIS). Our study shows that NLP is effective (for most coachees). Ini menandakan, NLP membantu coach dan coachee mendapat manfaat dalam hidup. Maka, tidak hairanlah, jika ramai yang ingin mengikuti kursus berimpak tinggi NLP.
Berdasarkan, rujukan penting dari majalah Modern Psychology :
NLP may be the most powerful vehicle for change in existence”. NLP memberi solusi kepada kita untuk menguruskan keadaan diri, memahami, mempelajari dan memindahkan kemahiran tertentu ( Joseph O’Connor & John Seymour, Training With NLP 1994 )
NLP mempunyai susur galur psikologi, linguistik, hipnoterapi dan anda boleh aplikasikan ia dalam pelbagai sisi kehidupan. Ia amat berguna terutamanya jika anda terlibat dalam 7 bidang penting manusia :
NLP adalah rahsia minda, emosi dan tubuh yang wajib difahami dan boleh diaplikasikan serta merta kepada sesiapa sahaja. NLP adalah kajian berstruktur mengenai model perlakuan individu cemerlang.
Bagaimana jika, kita boleh menjadi berbeza? Apabila mengetahui cara untuk menjemput keadaan diri yang kaya dengan potensi seperti keyakinan diri, bermotivasi dan estim diri yang tinggi. Kita berkongsi NLP training dengan menggunakan NLP.
NLP merangkumi 3 aspek utama manusia iaitu bagaimana manusia berfikir dengan menggunakan minda yang berkait rapat dengan :-
1.) Saraf ( Neuro – Fikiran )
�2.) Perhubungan menggunakan bahasa ( Linguistic – Komunikasi )�
3.) Susunan strategi ( Programming – Tindakan ) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.
Pelajari NLP bukan sekadar dari teori, malah melakukan praktis terhadapnya. Bersama-sama, saya tunjukkan caranya di dalam kelas latihan pentauliahan antarabangsa NLP di Malaysia.
MATLAMAT PEMBELAJARAN NLP
Tujuan hadir ke kursus ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan diri dengan menggunakan teknik NLP. Fahami bagaimana cara untuk mengaplikasikannya kepada diri dan orang lain.
Aplikasikan NLP dalam segenap sisi kehidupan, pembangunan potensi peribadi, pembangunan diri profesional, emosi dalam kehidupan, hubungan sesama insan, kewangan dan kesihatan.
Mendapat Pentauliahan Antarabangsa dari NFNLP, USA ( Certified Basic Practitioner of NLP, NFNLP – National Federation of NLP ) serta kemahiran kehidupan seluruhnya. Sesuaikan prinsip NLP untuk memenuhi keperluan anda dalam hidup.
GAYA LATIHAN NLP KENDALIAN CERTIFED TRAINER NLP : UNGKU AZLAN SHAH UNGKU CHULAN
Fokus dalam latihan pembelajaran selama 5 hari ini ialah, anda boleh menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, secara individu dan profesional.
Kami fokus kepada pemindahan kemahiran melalui demonstrasi dari trainer kepada peserta, praktis berpasangan dan maklum balas kepada setiap seorang.
Kelas yang kecil membuatkan perhatian secara peribadi lebih berkesan.
Perkongsian pengalaman dari pengamal NLP, mencipta pengalaman baru kepada setiap peserta.
Realiti dan praktikal sebenar akan melebihi teori yang diajarkan di dalam kelas.
Soalan dan jawapan secara interaktif selepas aktiviti akan dilakukan, maka soalan adalah berdasarkan pengalaman sebenar bukan sekadar teori atau perbandingan.
Kursus NLP selama 5 hari ini, adalah sepenuhnya daripada pengiktirafan antarabangsa.
Setelah mengikuti kursus pentauliahan asas NLP kendalian Ungku Azlan Shah Ungku Chulan atau mana-mana trainer NLP atau NFNLP yang telah ditauliahkan, anda boleh lanjutkan pembelajaran NLP ke :
NLP Master Practitioner – 5hari ( Persijilan antarabangsa NFNLP )
BAGAIMANA DIRI / ORGANISASI / INSTITUSI MENDAPAT MANFAAT?
Menyedari bagaimana produktiviti boleh ditingkatkan dengan mengetahui cara minda bekerja.
Menambah baik nilai diri, warga kerja agar menghayati kehendak organisasi.
Hasil percambahan minda semasa mesyuarat yang lebih bermutu melalui pengendalian kerja yang lebih fleksibel.
Anda bakal teruja dengan apa yang dihidangkan dalam kursus ini. Secara ringkasnya, anda boleh menguasai NLP untuk digunakan ke arah kebaikan diri dan dunia.
KURIKULUM 5 HARI : NLP BASIC PRACTITIONER, NFNLP, USA.
Diberikan sebahagian rangka pembelajaran berharga yang paling rendah akan di dapati dalam kursus ini :
Anchoring : Belajar rahsia melakukan pasak dengan sumber-sumber hebat ke dalam diri sendiri atau orang lain.
Ketajaman deria : Setiap perkataan dan perbuatan mempunyai makna dan pengamal NLP boleh melihat, mendengar dan merasai makna tersebut.
Circle of Excellence : Membina sumber sumber terbaik untuk diri sendiri.
Swish Pattern : Menukar ‘diri’ yang kurang daya sumber kepada prestasi kemuncak diri.
Visual Squash : Mengatasi konflik yang menghalang kejayaan diri.
Mind to Muscle : Memindahkan keinginan dalam fikiran kepada tindakan.
Ubah Sejarah Diri : Menukar respons yang tidak dimahukan kepada penerimaan.
New Behaviour Generator : Memberi anda kebebasan untuk belajar teknik baru, membuatkan belajar menjadi mudah dan membongkar rahsia ahli sukan yang unggul.
Timeline : Merentas masa untuk membuat pilihan terbaik atau mengatasi trauma / fobia semasa jantung masih berdegup untuk masa hadapan yang lebih mantap.
6 Step Reframe : Belajar menggunakan minda separa sedar secara lebih jelas.
Hargai diri : Ketahui teknik untuk meningkatkan estim dan apresiasi diri.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, walaupun dengan individu yang sukar ( bermasalah )
Keadaan diri lebih bertenaga dan berkemampuan mengawal emosi yang diingini.
Bijak membuat keputusan walaupun keputusan itu sukar dibuat pada situasi kritikal.
Mengetahui NLP, bermakna mengetahui cara yang lebih berkesan untuk menggunakan minda dan deria bagi mendapatkan apa yang dimahukan dalam hidup. Tanyakan kepada hati anda sekarang, apa yang saya mahu dalam hidup? Jawapannya ada, dengan mengikuti kursus Pentauliahan Antarabangsa
NLP. KENAPA SAYA PERLU HADIR KE KURSUS PENTAULIAHAN ANTARABANGSA NLP?
Jika saya seorang :
Ahli perniagaan / bisnes – Mengaplikasikan teknik NLP untuk melakukan jualan dengan teknik yang lebih baik dan tepat agar menghasilkan keuntungan berniaga yang lebih banyak.
Kaunselor – berupaya mengenal corak dan gaya fikir seseorang dengan cepat dan pantas.
Trainer / Fasilitator – dapat meningkatkan kemahiran komunikasi anda ke tahap yang luar biasa.
Pendidik / Pensyarah / Guru – dapat menggandakan kemahiran P & P dengan menguasai cara menyelinap masuk ilmu yang ingin disampaikan ke dalam minda pelajar.
Pegawai Korporat atau Kerajaan – meningkatkan kemahiran mengurus dan bijak menangani isu-isu dengan kakitangan.
Ibu atau bapa – lebih memahami teknik untuk mendidik anak dengan cara yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan.
Suami atau Isteri – dapat meningkatkan kasih sayang, apabila memahami ciri-ciri dominan diri masing-masing.
Insan – dapat mengurus, mengawal emosi dan berkeupayaan untuk mendapatkan Prestasi Diri Tertinggi dalam kehidupan.
INDIVIDU TERBAIK YANG PERLU HADIR
Kursus ini tidak sesuai untuk semua orang, hanya sesuai untuk anda yang terlibat dengan manusia yang pelbagai karenah dan karektor atau selalu perlu buat keputusan penting antaranya jurulatih, tenaga pengajar, trainer, pemimpin, profesional dalam pembangunan sumber manusia ( HR ), pemasaran dan kejurujualan, CEO, pengurus, doktor, guru, pensyarah, ibu bapa, pelajar dan individu yang berminat untuk membantu diri dan orang lain dengan teknik NLP yang mudah dan praktikal.
SEKARANG, PERTIMBANGKAN MAKLUMAT YANG TELAH DIBERIKAN SEHINGGA KINI.
1. Adakah anda telah bersedia untuk membuat tindakan dan keputusan? Lihat dari kacamata individu yang mahu berjaya, siapa yang bakal mendapat manfaat? Saya yakin, anda kini memahami, betapa berbaloi-baloi nilai wang yang dilaburkan untuk kursus yang berkualiti seperti ini.
2. Setelah melalui hari pertama, jika ada di kalangan peserta yang hadir berkata, program ini tidak memberi manfaat langsung kepada beliau. Beliau boleh berjalan ke belakang dewan dan duit akan dikembalikan sepenuhnya. Tanpa ragu-ragu lagi wang tersebut dipulangkan kerana keyakinan padu telah terhasil sebelum ini, ramai yang berkata, program 5 hari ini bagus, bagus dan bagus! Alhamdulillah.
3. Justeru itu, pembelajaran ini adalah bersifat pentauliahan antarabangsa. Maka, ia akan melibatkan nilai pelaburan khusus yang tidak ternilai manfaatnya.
4. Mengikuti pelatihan ini, secara automatik kita memiliki dan menguasai hebatnya sikap, pengetahuan, kemampuan dan kompetensi sebagai seorang pengamal NLP yang boleh memaksimakan cara fikir dengan cepat, mudah dan praktikal.
5. Kemudian, kita gunakan semua kompetensi untuk membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi individu yang memerlukan ilmu di luar sana.
PENGIKTIRAFAN / PENTAULIAHAN DALAM NEGARA DAN ANTARABANGSA
Alhamdulillah, beliau kaya dengan pengalaman melalui pelbagai latihan peringkat antarabangsa dari pelbagai organisasi. Sebagai trainer / coach yang mendapat pendedahan NLP sejak muda, beliau komited untuk membantu pihak tuan dan cikpuan dengan latihan berkualiti.
Klien beliau sebelum ini datang dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Beliau tekad belajar dan membangunkan diri dalam bidang kejurulatihan, Neuro Semantics, Neuro Linguistic Programming, Neuro Synergy, pengurusan dan kepimpinan melalui ramai master profesional coach dan master profesional trainer peringkat antarabangsa dan dalam negara. Sebagai seorang ahli International Society of Neuro-Semantics, ( ISNS, USA ) beliau menawarkan penggunaan psikologi kognitif dan self-actualization kepada anda.
Methodologi beliau menggalakkan individu, pasukan dan organisasi berdikari, fleksibiliti, bermotivasi, kreatif, dan berdaya tahan menghadapi cabaran diri, bisnes dan kehidupan.
KUALITI KURSUS TERJAMIN ( INSYAALLAH )
Kursus ini di kawal selia oleh Malaysian Board of NLP Professionals yang menjaga kualiti, mengeluarkan sijil dan menjalankan latihan Neuro Linguistic Programming, Neuro Semantics, Mind Mastery dan Critical Thinking kepada ahli serta orang ramai. Kursus NLP yang dikendalikan oleh MBNLP mendapat pengiktirafan dari National Federation of National Linguistic Programming, ( NFNLP, USA ) serta International Society of Neuro-Semantics ( ISNS, USA ). Mereka terdiri dari profesional yang kompeten dan sebahagian dari mereka adalah trainer Neuro Semantics, NLP dan Critical Thinking di Malaysia yang komited. Kursus MBNLP dibuat dan disesuaikan dengan menggunakan NLP Bahasa Malaysia. Bagus untuk NLP di Malaysia! Memasyarakatkan NLP adalah misi MBNLP, agar NLP training dapat dipelajari dengan lebih meluas lagi oleh semua orang.
HUBUNGI KAMI…
[ad_2]
Source