Search News Posts

  • General Inquiries 03-89129617

  • HandPhone 012-239 4911

Home

bakal pengamal batch 7 NLP

bakal pengamal batch 7 NLP

bakal pengamal batch 7 NLP

Ke hadapan bakal pengamal batch 7 bermula hari ini dan NLP pentauliahan antarabangsa,

Satu penghormatan kepada saya untuk berkongsi NLP training, sains kejayaan diri ini kepada anda. Ia mengandungi teknologi dan kajian ilmu secara intensif, latihan, pembacaan, pengalaman yang tidak ternilai, melalui ratusan ribu pelaburan dan integrasi ilmu yang dibuat melalui guru-guru terbaik di dalam negara juga seluruh dunia. ( Dr. Richard Bandler, John Grinder, Dr. William Horton, Dr. Michael Hall, Collin Cox, Lena Gray serta lain-lain )

NLP bukan sekadar berkenaan kompetensi dan kejayaan. NLP juga berkenaan dengan hikmah dan misi hidup masa hadapan.
Justeru itu, kursus Pentauliahan Antarabangsa NLP ( NLP training / NLP Certification course ) telah disusun untuk membimbing, bagaimana untuk membawa diri ke tahap yang lebih tinggi serta memprogramkan minda secara pantas untuk menggunakan informasi yang dapat membantu kerjaya serta kehidupan.

Anda bakal merasai perbezaan, gembira dan teruja dengan kesan yang didapati melalui teknologi yang meningkatkan pengaruh peribadi melalui pengalaman NLP training. InsyaAllah, saya percaya, anda boleh menulis cerita kejayaan dan berkongsi dengan kami selepas mengikuti kursus pentauliahan tersebut sepertimana insan-insan yang telah berjaya sebelum ini.

Saat ini, anda sedang memberi arahan kejayaan kepada diri dengan teknik NLP training yang berimpak tinggi. Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda. Marilah! Kita belajar dan kuasai sains kejayaan manusia ini.

Yang menghormati anda sepenuh hati,

Ungku Azlan Shah Ungku Chulan NLP Training NLP Master Trainer

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/AzlanChulanNLP/posts/1434914769924282″ bottom=”30″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *